Terminate SSM

+ Free Shipping

Penamatan (terminate) Pern​iagaan SSM

1. Penamatan perniagaan SSM boleh didaftarkan atas sebab-sebab berikut:

Berhenti berniaga
Bankrap
Kematian pemilik
Perintah mahkamah

2. Perniagaan berdaftar yang belum tamat tempoh perakuan pendaftaran perniagaan dibenarkan mendaftarkan penamatan perniagaan / terminate ssm

3. Mendaftarkan penamatan perniagaan atas sebab kematian dalam tempoh 4 bulan dari tarikh kematian.

 

Jika pelanggan pertama kali mendaftar akaun EzBiz SSM

Staf incharge akan mendaftarkan akaun EzBiz untuk pelanggan jika pelanggan belum mempunyai akuan EzBiz serta meminta dokumen tambahan untuk membuat akuan EzBiz terlebih dahulu, dokumen tambahan adalah seperti (gambar kad pengenalan depan/belakang, gambar muka sedang memegang kad pengenalan, 1 gambar dokumen sokongan seperti lesen memandu atau sijil lahir atau sijil nikah).
Staff incharge juga akan meminta pelanggan memilih tarikh Dan masa janjitemu sesi video call bersama pegawai SSM Untuk proses verifikasi.
Selepas verifikasi selesai, pelanggan boleh menunggu 2-5 Hari bekerja untuk proses pendaftaran selesai. Staf bertugas mungkin Akan menghubungi lagi pelanggan sekiranya Ada maklumat-maklumat Dalam borang Yang perlu penjelasan lanjut atau perlu diubah sedikit atau sebagainya.
Sijil SSM yg telah diluluskan Akan dihantar ke emel pelanggan Dalam format PDF.

 

Jika pelanggan mempunyai akaun EzBiz

Staf bertugas akan memaklumkan kepada pelanggan untuk melihat Email inbox untuk melihat username dan password sementara Yang telah dihantar oleh sistem SSM
Username Dan password sementara itu perlu dibenarkan diberi kepada staf bertugas supaya staf bertugas dapat meneruskan proses pendaftaran seterusnya
Pelanggan boleh menunggu 2-5 Hari bekerja untuk proses pendaftaran selesai. Staf bertugas mungkin Akan menghubungi lagi pelanggan sekiranya Ada maklumat-maklumat Dalam borang Yang perlu penjelasan lanjut atau perlu diubah sedikit atau sebagainya.
Masa kelulusan bergantung kepada maklumat Dalam borang permohonan.
Sijil SSM yg telah diluluskan Akan dihantar ke emel pelanggan Dalam format PDF.
Hanya untuk Perniagaan Tunggal dan Perkongsian sahaja. Syarikat SDN. BHD, PLT, LLP, KLINIK, SYARIKAT GUAMAN, Negeri SABAH dan Negeri SARAWAK tidak boleh menggunakan borang ini.

Pentadbiran SSM dalam talian mungkin berubah dari masa ke semasa, jadi pastikan anda merujuk kepada panduan dan arahan yang terkini di laman web. Anda juga boleh whatsapp kami jika ada sebarang pertanyaan.

Shopping Cart