**Dikenali sebagai Reprint SSM with CTC / Cetak Sijil SSM
REPRINT SSM WITH CERTIFIED TRUE COPY (CTC)
CTC BENEFITS
- Give More Confidence
- You and your clients can verify using QR Code
- Ready For Submission
- Ready for Loan application, Permit/license application, Vendor application etc.
- Effortless
- No need to apply CTC Stamping outside when you need to submit your Business Registration
Salinan Diakui Sah / Certified True Copy
CTC certificate SSM merujuk kepada salinan dokumen yang telah dicop dan ditandatangani untuk mengesahkan bahawa salinan dokumen tersebut merupakan salinan daripada dokumen yang asli oleh individu yang diberikan kebenaran untuk mengesahkan dokumen tersebut melalui pengisytiharan. Sekiranya anda membuat salinan dokumen yang sudahpun mempunyai cop CTC, salinan dokumen tersebut tidak disahkan sebagai dokumen CTC. Anda perlu cetak semula sijil SSM.
Pihak SSM telah memperkenalkan SSM DCTC (Digital Certified True Copy) QR code reader dan Web Checker bagi semakan dokumen SSM yang disahkan benar secara digital yang berkuatkuasa pada 11 November 2019 yang lalu yang bertujuan untuk memudahkan urusan permohonan dokumen CTC untuk syarikat anda.
Kepentingan CTC Certificate SSM?
SSM Certificate Boleh Mengelakkan Dari Sebarang Unsur Penipuan
Sebab utama kenapa CTC certificate SSM dicipta adalah untuk elakkan sebarang unsur penipuan berlaku apabila pihak kerajaan memberikan tender tersebut kepada syarikat anda. Bayangkan sekiranya terdapat individu yang mempunyai niat yang tidak baik untuk menjatuhkan reputasi syarikat anda menggunakan dokumen yang mereka perolehi secara tidak sah daripada syarikat anda dan mengambil kontrak tender-tender yang syarikat anda tidak mampu untuk siapkan.
Sekiranya perkara ini terjadi dan akhirnya syarikat anda tidak mampu menyiapkan tender-tender tersebut, maka pihak kerajaan berhak untuk mengenakan kompaun harian berdasarkan klausa yang terdapat di dalam kontrak tender tersebut. Syarikat anda akan terpaksa membayar kompaun tersebut dan akhirnya syarikat anda akan mengalami kerugian yang besar dan berisiko besar untuk jatuh bankrap. Oleh yang demikian, cop CTC ini akan berfungsi sebagai pengesahan bahawa dokumen-dokumen yang syarikat anda hantar adalah daripada pihak syarikat anda sendiri, bukannya daripada individu yang bukannya dari syarikat anda.
Pengesahan Keaslian Dokumen
Tujuan cop CTC dicipta adalah untuk mengesahkan bahawa dokumen anda adalah asli dan tidak diubah oleh mana-mana pihak termasuk anda sendiri. Apabila dokumen tersebut mendapat cop CTC, ini bermaksud semua maklumat yang dinyatakan adalah benar.
Memudahkan Pihak Kerajaan
Dengan adanya cop CTC, pihak kerajaan atau mana-mana badan syarikat swasta dapat memastikan bahawa dokumen itu adalah asli dan sah untuk digunakan. Dalam erti kata yang lain, pihak kerajaan yang mengambil dokumen yang mempunyai cop CTC tidak lagi perlu risau sama ada dokumen tersebut adalah asli ataupun tidak, dan ianya memudahkan urusan mereka dengan anda.
Sekarang anda sudahpun mengetahui segalanya berkenaan CTC certificate SSM. Anda juga boleh dapatkan maklumat ini daripada kami, sila whatsapp untuk maklumat lanjut.
Jika ada pertanyaan sila whatsapp kami segera di talian 011-19525295 atau anda boleh terus membuat reprint ssm di borang yang kami sediakan “Borang reprint ssm with ctc“. Staff incharge akan segera hubungi anda pada hari yang sama anda membuat permohonan. Terima kasih