Status Bumiputra

+ Free Shipping

Daftar Status Bumiputera Lesen Kewangan MOF

Permohonan Bumiputera Lesen Kewangan hanya boleh dipohon untuk syarikat yang telah mempunyai Sijil Kementerian Kewangan

Syarikat-syarikat hanya diiktiraf sebagai syarikat bumiputera selepas membuat permohonan Status Bumiputera Kementerian Kewangan

LANGKAH-LANGKAH PERMOHONAN LESEN KEWANGAN, KEMENTERIAN KEWANGAN MALAYSIA (MOF)

1. MENGISI BORANG PERMOHONAN

Pelanggan mengisi borang permohonan Daftar Status Bumiputera MOF yang terdapat di dalam laman web ini

2. PERMOHONAN DISEMAK

Pihak kami akan menyemak borang permohonan dan akan memberi maklumat tentang syarat-syarat kelayakan tambahan yang perlu dipatuhi.

3. DOKUMEN DIHANTAR

Pelanggan perlu menghantar dokumen yang diperlukan kepada pihak kami

4. PERMOHONAN DIPROSES

Pihak kami akan menghantar borang permohonan yang lengkap untuk diproses oleh sistem perolehan Kementerian Kewangan Malaysia

5. PENERIMAAN SIJIL LESEN KEWANGAN

Permohonan yang telah lulus akan mendapat sijil. Pihak kami akan menghantar sijil kepada pelanggan melalui email dan whatsapp.

Syarat-syarat permohonan Status Bumiputera adalah seperti:

Sekurang-kurangnya 51% ekuiti syarikat dimiliki oleh bumiputera dan
pemilikan ekuiti individu bumiputera hendaklah melebihi ekuiti individu
bukan bumiputera

Syarikat dimiliki sepenuhnya (100%) dikuasai oleh bumiputera bagi
semua aspek pegangan ekuiti, Lembaga Pengarah, Pengurusan,
pengurusan kewangan dan kakitangan.

Syarikat bumiputera yang beroperasi di bawah premis yang sama dengan syarikat bukan
bumiputera dan didapati tidak mematuhi syarat penarafan bumiputera semasa lawatan
premis, boleh ditarik semula/ tidak ditarafkan sebagai syarikat bumiputera sama ada
syarikat bukan bumiputera tersebut berdaftar atau tidak berdaftar dengan MoF.

Sekurang-kurangnya 51% daripada bilangan Ahli Lembaga Pengarah
syarikat dipegang oleh bumiputera

Jawatan Ketua Eksekutif, Pengarah Urusan atau Pengurus Besar dan
jawatan-jawatan penting lain (keyposts) hendaklah dipegang oleh
bumiputera dengan peratusan bilangan sekurang-kurangnya 51%

Sekurang-kurangnya 51% daripada pekerja hendaklah terdiri dari
bumiputera

Pengurusan kewangan hendaklah dikuasai oleh bumiputera

Gaji/ caruman Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) kakitangan
tertinggi/ secara kumulatif (terkumpul) hendaklah dikuasai oleh
bumiputera

Carta organisasi dan fungsi pengurusan syarikat hendaklah menunjukkan
penguasaan sepenuhnya oleh bumiputera

Shopping Cart