Cara Renew SSM Online (SSM Renew) Melalui Ezbiz SSM
Untuk renew SSM Online (Suruhanjaya Syarikat Malaysia), anda boleh mengikuti langkah-langkah mudah di bawah. Proses pembaharuan SSM kini boleh dilakukan sepenuhnya secara atas talian melalui portal Ezbiz SSM.
1. Pembaharuan Pendaftaran Perniagaan (SSM Renewal)
Permohonan pembaharuan SSM boleh dibuat secara online.
Tempoh SSM renew boleh dipilih antara 1 hingga 5 tahun.
Perniagaan yang telah tamat lebih 12 bulan tidak layak diperbaharui dan perlu daftar SSM baharu.
2. Isi Borang Pembaharuan SSM (SSM Renew Form)
Lengkapkan borang renew SSM dengan maklumat perniagaan yang tepat dan terkini. Pastikan semua butiran seperti alamat, jenis perniagaan dan maklumat pemilik dikemaskini sebelum menghantar permohonan.
3. Sahkan & Hantar Permohonan Renew SSM
Selepas borang diisi:
Semak semula semua maklumat.
Pastikan tiada kesilapan.
Ikuti arahan sistem Ezbiz untuk menghantar permohonan renew SSM anda.
Apabila selesai, pendaftaran perniagaan anda akan diperbaharui secara rasmi dalam sistem SSM.
4. Penerimaan Sijil SSM (SSM Certificate)
Setelah renew SSM berjaya, anda akan menerima:
Sijil Pendaftaran Perniagaan SSM (Business Registration Certificate)
Maklumat Perniagaan SSM (SSM Business Info)
Dokumen akan dihantar melalui emel dan WhatsApp dalam format PDF.
Akaun Ezbiz SSM (Diperlukan Untuk Renew SSM Online)
Jika Tiada Akaun Ezbiz SSM
Kami boleh membantu mendaftar akaun menggunakan:
Emel pemilik SSM
Salinan kad pengenalan (IC)
Untuk pengaktifan ID, pemilik perlu hadir ke kiosk SSM untuk imbasan cap jari. Senarai lokasi kiosk akan diberikan selepas pendaftaran.
Jika Sudah Ada Akaun Ezbiz SSM
Staf akan meminta anda menyemak emel untuk username & password sementara.
Username & password perlu diberikan bagi membolehkan kami memproses renew SSM anda.
Jika emel tidak boleh diakses, pemilik perlu kemaskini emel di kaunter SSM.
Jika akaun belum diaktifkan, imbasan cap jari perlu dilakukan di kiosk SSM.
Kelulusan permohonan renew SSM biasanya mengambil masa 10–30 minit. Staf akan menghubungi anda jika terdapat maklumat tidak lengkap.
Nota Penting Renew SSM
Borang ini hanya untuk Perniagaan Tunggal & Perkongsian (ROB).
Syarikat berikut tidak boleh menggunakan borang ini:
Sdn. Bhd.
PLT / LLP
Klinik
Firma Guaman
Perniagaan di Sabah & Sarawak
Proses pentadbiran SSM online mungkin berubah dari masa ke masa. Pastikan anda sentiasa merujuk panduan terkini di laman web SSM atau WhatsApp kami untuk sebarang pertanyaan.



