Register SSM

Daftar (Register) Lesen Perniagaan SSM secara Online

Langkah-langkah pendaftaran perniagaan tunggal dan perkongsian

  1. Pelanggan mengisi borang pendaftaran SSM online (register)
  2. Memuat Naik dokumen Yang diperlukan
  3. Membuat bayaran
  4. Selepas membuat bayaran, staff incharge Akan menghubungi pelanggan melalui WhatsApp.

Khusus buat mereka yang baru mulakan perniagaan, anda mesti keliru mahu membuat pendaftaran SSM online sama ada  Pemilikan Tunggal atau Perkongsian. Bagaimana daftar SSM online ezbiz, syarat daftar SSM, dan SSM daftar online dan apakah jenis perniagaan yang boleh didaftarkan di SSM.

Milikan Tunggal

Antara ciri milikan tunggal :

  1. Perniagaan yang didaftarkan menggunakan nama seperti di Kad Pengenalan. Sebagai contoh, Ali Bin Abu.
  2. Pemiliknya adalah seorang sahaja, iaitu empunya nama.
  3. Segala modal, keuntungan, kos, dan kerugian ditanggung oleh pemiliknya.

Pemilikan Perkongsian 

Berikut merupakan ciri-ciri perniagaan perkongsian :

  1. Pemilikan perkongsian yang boleh didaftarkan di Suruhanjaya Syarikat Malaysia dari 2 orang sehingga 20 orang dalam satu syarikat.
  2. Segala keuntungan, kos, dan kerugian ditanggung oleh bersama rakan perkongsian.
  3. Selain berkongsi modal, turut berkongsi pengalaman, kepakaran, dan pengetahuan di dalam syarikat.

Sekiranya pendaftaran SSM Online, lulus. Bagaimanakah proses seterusnya?

Anda akan menerima email dan whatsapp daripada pihak kami dan menandakan perniagaan anda berjaya didaftarkan dalam sistem Suruhanjaya Syarikat Malaysia ( SSM ) . Sijil SSM dan Maklumat Perniagaan akan diberikan dalam email dan whatsapp menggunakan format PDF

Showing all 2 results

Shopping Cart