Renew Sijil Digital MOF

** RENEW SIJIL DIGITAL MOF

Pembaharuan Sijil Digital Kementerian Kewangan Malaysia MOF

Perbaharui Sijil Digital MOF

Renew Sijil digital MOF ePerolehan Malaysia adalah antara elemen utama di dalam permohonan transaksi perniagaan dengan kerajaan Malaysia. Apabila anda ingin menjalankan perniagaan dengan kerajaan Malaysia anda perlu mendaftar dengan Kementerian Kewangan Malaysia (MOF). Status pengesahan pendaftaran akan diberikan melalui sijil digital MOF ePerolehan. Tanpa sijil digital ePerolehan Malaysia anda tidak boleh memasuki tender yang dikeluarkan oleh kerajaan Malaysia. Anda perlu perbaharui sijil digital MOF sebelum tamat tempoh (3 tahun)

Selain itu juga, sijil digital ePerolehan Malaysia ini juga adalah salah satu bentuk pengenalan identiti pembekal. Bagi setiap rakyat Malaysia, mereka dikenal pasti melalui kad pengenalan. Kerajaan Malaysia melalui sistem pengurusan pembekal Eperolehan Malaysia mengenal pasti pembekal melalui sijil digital ePerolehan. Setiap sijil digital ePerolehan Malaysia akan mempunyai identifikasi unik bagi memudahkan kerajaan Malaysia mengenal pasti setiap pembekal. Ianya ibarat nama tetapi menggunakan identifikasi unik nombor.

Showing the single result

Shopping Cart